Sunday 12 August 2012

 SMK  SERI  MAHKOTA  KUANTAN


Pembinaan sekolah ini siap sepenuhnya pada 1979 dan pada 1hb Januari 1980 sekolah ini mula dibuka dan ditukar namanya daripada SMK Gambang kepada SMK Kompleks Tentera Kem Batu 10. Pada tahun pertama operasinya, SMK Seri Mahkota hanya mempunyai seramai 480 orang pelajar, 22 orang guru, seorang Guru Besar iaitu En Loh Wee Nam, Seorang Guru Penolong Kanan, seorang pelayan pejabat dan dua orang tukang kebun.

Pada tahun 1984, seorang guru sekolah ini iaitu Encik Zulkifli bin Md Nordin telah Berjaya mencipta logo sekolah dan nama sekolah, yang ditukarkan berdasarkan nama Kampung Mahkota dan sempena nama Tengku Mahkota Pahang. Maka nama sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Kuantan dan kekal hingga kehari ini.

Sehingga kini, SMK Seri Mahkota kian menyerlah dari aspek akademik dan ko kurikulum di bawah pimpinan dan bimbingan guru- guru yang berdedikasi dan berkaliber. 
TIADA JURANG  ANTARA GURU & PENTADBIR

GURU - GURU

KERJASAMA ANTARA GURU
 
SEKOLAH KU  SYURGA KU

No comments:

Post a Comment